Home | Latest News
  of 
BMW Society Club Century Drive 2016
By admin /  17-11-2016



 BMW Society Malaysia mengembara ke Pattaya, Thailand

BMW Society Malaysia memulakan BMW Society Malaysia Century Drive 2016 ke Pattaya, Thailand awal pagi tadi.

Awal pagi tadi peserta-peserta dari BMW Society Malaysia (BSM) memulakan perjalanan ke Pattaya, Thailand. Program yang disertai oleh pelbagai model BMW baharu dan lama termasuk model E39 525i, E60 530d, E90 320d, E92 325i dan F10 535i akan melalui perjalanan pergi dan balik yang meliputi kawasan Chumpon, Pattaya, Hua Hin d an Hat Yai berjarak lebih 3000 km.

Malam ini peserta-peserta dijangka akan sampai ke Chumpon setelah melalui perjalanan sejauh lebih 1000 km. Chumpon merupakan sebuah kawasan di Selatan Thailand yang terkenal sebagai tempat peranginan tepi pantai.Di samping melawat tempat-tempat menarik di kawasan yang telah ditetapkan, BSM juga berpeluang untuk melawat kilang pengeluaran kereta BMW di Rayong, Thailand.

Careta mengucapkan selamat pergi dan pulang kepada semua peserta BSM BMW Society Malaysia Century Drive 2016.

Related Articles

Sorry. There are no results matching your query.